Pages

Memaparkan catatan dengan label preggy new baby(4). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label preggy new baby(4). Papar semua catatan

Isnin, 30 Julai 2012

~~kEnCiNg BeRdArAh~~

salam isnin salam ramadhan yg mulia...besiaran langsung hari ni ye....mlm ni nak masuk krj mlm pulak
baru blk dr rutin chekup ibu mengandung ni la kn

buat petama kali bila mengadung kencing kotor..ni kali k2 chek kencing kotor dlm dua minggu bturut2
so apa lg hari ni kena buat 2kali chek kencing tp masih result yg sama

so refer ducter la..bila duc. tgk result,rupanya kencing ibu bcampur darah so kena ambik darah tuk chek buah pinggang pulak..resultnya dlm 2minggu lg la..next apmt 15 ogos ni..harap xda apa2 yg serius..

sbb ibu dah dekat2 nak bsalin tu..tunggu hari jer...doakn suma ok ye kwn2....

mood nak tido jap nnt bangun kul 3 nak masak n g masuk krj mlm, xbest la ari n i kena la ponteng puasa sbb ambik darah td...gigi pun masih bdarah lg bila lps berus ngeee....selamat bkrj suma n selamat bpuasa..







dua minggu lps kencing kotor pd 17 jul 2012



hari ni masih kencing kotor pd 30 jul 2012 berat pulak naik byk dah cecah 65.8kg dah...



rupa2nya kencing bcampur darah...peliknya ibu xterasa sakit pun...
so td ambik darah tuk chek apa masalah buah pinggang pulak...ni la bahana ibu yg suka tahan2 kencing..
apa nak buat bg kencing kembali normal kwn2? yg ibu tahu minun air barli kn....n minum byk air kosong...



Rabu, 25 Julai 2012

~~WoLdLeS WeDnEsDaY:BeSeDiA TuK BaBy bArU~~


salam rabu. salam 5 ramadhan.xmo bebel panjang2....hari ni kn woldles so layan ibu yg tengah sarat ni...apa lg yg dok menghitung hari sambil ready barang2 tuk baby baru ibu
layan..


barang2 baby dah siap cuci n beg pun dah siap pecking tunggu masa jer
semoga ibu sempat braya dulu ....

Selasa, 17 Julai 2012

~~MaRi TekA2 ApA JaNtInA BaBy IbU?~~

salam selasa...hari ni ibu cuti tp ada chekup kul 9am
jom kongsi2 chekup yg lps n hasil scane apa jantina baby ibu yg k4 ni....??



hasil scane pic kiri uri ok d atas n pic kanan kepala dah ada dbwh alhamdulillah..



apa jantina baby ibu?...tgk  n teka sendiri..harap2 apa yg ibu tgk ni sama jugak bila dah kuar nnt
yg pasti dah byk barang baby yg ibu beli warna pink ....yg suspennya duenya 25 ogos tu...harap2 dpt braya 2,3 hari baru bsalin ye baby ibu ni...



3bln bturut2 HB ibu rendah 10.3 n warna merah jer...berat pun naik byk 2.6kg sbln so kena kurangkn makan nasi....




slps 2minggu alhmdulillah dah naik HB 11.2 n tulis pun pen biru...apa yg merah lg tu..emm...berat pulak naik sikit sgt...0.1kg jer dlm masa 2minggu...hu buat penat jer tahan2 mkn...lps ni nak makan jer bila rasa lapar...

harap2 hari ni suma ok n tulisan pun harap suma pen biru..sbb ibu mmg dah rajin makan ubat n dah berenti minum nescafe......

Isnin, 18 Jun 2012

~~~ IbU meNgIdAp aNeMiA~~


salam isnin..lambat bsiaran langsung hari ni...baru balik dr chekup rutin ibu yg preggy ni kn..
sedikit rasa lega bila takanan darah rendah ibu dah sedikit normal tp d tahap anemia sederhana...
kena beri perhatian jugak kata misi tu...

berat naik 2kg sebln sangat2 xbaik tuk ibu ni...so kena kurang makan nasi...dlm 2 kali jer shari...

so dsini mari kita share anemia masa hamil..ibu rasa ok cuma kadang cepat rasa penat n kebas2 kaki..gusi lak asyik bdarah jer....
ehsan dr cik gogle


Anemia dan Kehamilan

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.
Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:
  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anaemia


Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
  • Mereka yang mengandung kembar
  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
  • Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
  • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
  • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi

Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

Jumaat, 25 Mei 2012

~~TeKaNAn DaRaH ReNdAh DsAat PeRgGy 25week~~

salam jumaat, hu dah lama xupdate blog
masa amat2 thad bg ibu preggy anak k4 ni he.....

seday sgt ...smlm pergi chek up perut ada masalah sikit...
tekanan darah rendah bacaan 5 kata ducter sgt rendah..kena refer spital klu keadaan ibu demam..
tp..smlm ibu sihat cuma bacaan je rendah..so hari ni duc cadang dtg 8pg n ambk daah lg..

tp ibu xpergi pun sbb takut kena msk wad...mcm2 ibu tgh fikir ni..klu msk wad mcm mana? dsaat kami suma tgh sibuk uruskn kawin BIL ibu d kemaman mlm ni...n lps solat jumaat ibu skuarga nak betolak kesana...sabtu kkenduri langsungnya....hari ahad pula adik bongsu ibu plak nak nikah pgnya n sanding 2ptngnya..

ibu rasa abaikn dulu la...nnt ibu akan makan suyur n kerang byk2 bg darah kembali normal
apa2 pun apa lg makann yg boleh bg tekanan darah normal...ibu mmg xsuka mkn sayur hijau....ibu cuma suka mkn bunga kobis jer... 

dlm pada tu ibu dpt berita gembira juga...2bln lps ibu ada ambik ujian darah tuk tyroid
sbb ibu ada sikit bengkak dleher..

yg pasti result dah dapat n resultnya....NEGATIF FOR TYROID....syukur...bengkak tu mmg sejak dr anak dara dah ada n xmembesar pun...

semoga selamat pejalann pergi blk ke kemaman terengganu kul 2 jap g...
n mak dr kedah pun smp ptg ni....adik bungsu ibu yg tolong uruskn sumanya....tanpa kami d rmh mak pulak dtg...semoga mak faham..keluarga mentua pun sama penting..so 50....50 ..ye...

happy weekend...weekend yg paling padat dgn aktiviti kuaga.....

Jumaat, 11 Mei 2012

~~KaNdUnGaN IbU DaH 23 MiNgGu~~



salam jumaat yg mulia..penghulu segala hari
best2 mlm td dah last krj,cuti sabtu ahad lg....nak kemana?
lebih pd soping2 barang tuk kawin adik bungsu ibu ada sikit lg belum complete

blk pagi ni xtido ler...hari ni nak g chek gigi bg penuhi rutin ibu mengandung nikn
xdak masalah gigi rosak..lbh pd chek n cuci gigi jer....sbb skrg gigi asyik bdarah je ,walaupun xgosok gigi ,tetiba je kuar darah hu pening ...susu dah minum ikut jadual

keaadan ibu skrg cepat penat , rasa sakit teramat pada pinggang bila baring telentang,posisi paling selesa bila tido ,mengiring n lapik bantal bawah perut,baby dlm perut sgt2 aktif...kuat tendangannya.....perut ibu xle besar sgt...berat skrg dah cecah 59kg....

tp sekejap jer dah 23 minggu....jangka bsalin 31 ogos ni...mood raya tu...harap sempat blk kg n blk smula k kl...

planing nak booking PPUM lg nak bsalin....blk dr kenduri adik bln 6 nnt nak bereskn suma bab2 besalin ibu ni....masih belum scan baby n masih belum soping apa2 tuk babay baru ni....tunggu paksu lps kawin lu.....
happy weekend.....


Perkembangan fetus - hamil 23 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Selain kemajuan-kemajuan dalampendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan. 

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus. 

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya "tenggelam", sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan. 

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

ehsan dr cik goggle......

Rabu, 18 April 2012

~~JaTuH D SaAt PrEgGy 4BuLaN~~

salam rabu...hari ni awal2 pg ibu ada chekup preggy 
mlm td puasa dr kul 10pm smp kul 10am nak minum air gula tuk chekup kencing manis
harap2 result ok suma

baru hari i ibu bsedia nak cerciter n nak badikn kisah ngeri ibu bila jatuh d saat preggy 4bln
bila hadiri sesi tamat latihan tentera anak buah d PD tempoh hari
ibu pun xtahu mcm mana ibu boleh xperasan langsung ada longkang sdlm 1meter kat dpn ibu
yg ibu tahu dsaat tu ibu nak angkat amzat naik atas koridor sblh tangga 
xsemena2 ibu terjatuh bsama amzar kdlm longkang tu,yg perasan ibu jatuh mak ngan kakak ibu jer...diarang yg angkat ibu naik....

bdebar jatung ibu bila memikirkn keaadan amzar n baby dlm perut ibu
nasib baik amzat luka d siku sikit jer..n baby dlm perut pun bgerak2 mcm biasa..lg pun mmg xde hentakkan kat perut....ibu la kira luka teruk kat kaki n lutut...ada tinggal parut kekal jugak la
lain2 tempat ...lebam teruk d lengan dah 4,5 hari masih terasa sakitnya..ibu mc jugak ler 2 ari..
tp ibu amat2 bsyukur sbb ibu teselamat dr bahaya yg lbh teruk...layan pic kenangan ngeri ibu ni...



ni la longkang tmpt ibu jatuh tu..sdlm 1meter...ibu jatuh n tesangkut kaki n jatuh paras pinggang jer,,


merasa la ibu naik ambulan ni tuk mdptkn rawatan..dia cuma cuci luka jer...blk esknya baru ibu g ambk mc n ubat d klinik....



nampak luka sikit jer kn ..tp sakitnya hanya tuhan yg tahu...esknya 3hari bengkak teruk...


 dah tinggalkn parut kekal..mcm mana nak hilangkn parut ni...



nasib baik hero ibu luka sikit jer....lain kali ibu kena lbh bhati2...

Rabu, 21 Mac 2012

~~UpDaTe CeKuP PeRtAmA KaLi Di UsIa KaNdUnGaN 15week~~


salam rabu...mlm td baru mlm ptama mula krj
blk trus tido la....bila amzar bangun baru la bsiap2 anta ke rumah pngasuh ume tu...

19 march 12 ptama kali pergi chekup perut....
resultnya suma ok cuma ada satu masalah...THYROID.

masalah yg sma masa ngandungkn amzar 2008 dulu
dah penat ulang alih PPUM jumpa pakar,tp resultnya ok..no thyroid..cuma bengkak sikit kat leher

tp bila ngandung lg duc. akan chek leher n perasan ada bengkak sikit kat leher ibu..so...
no refer spital...oh no..no..ibu dah serik ambik darah byk kali tp resultnya ok jer

duc. cadang ambik ujian thyroid d klinik yg sama ibu chek ngandung ni..so...ari tu 2kali tau ibu kena ambk darah, kiri kanan plak tu...sabar je la ..harap resultnya negatif thyroid...sbb bengkaknya xmembesar...

tp untk kepastian semula duc. ckp ambik jer ujian darah tu....

doakn yg terbaik tuk ibu ye kwn2....3org dah ibu bsalin normal semuanya ok jer.....xde masalah apa2....

so layan sikit result tmpoh hari... 

 next apmt 18 april 2012..kali ni dah kena puasa dr mlm kul 10 smp pg kul 8pg, minum air gula pastu puasa lg 2jam ,baru ambk darah..awal minum air gula sbb faktor usia ibu dah 35thn kn...harap2 xde kencing manis ke apa ke....

 masih menunggu result ujian darah tuk thyroid?


 buku lama masa mngandungkn amzar tahu 2008 dulu masalah yg sama thyroid.



tuk menambah kalsium terpaksa lah ibu minum susu coklat ni...ni kotak k2
yg ptama dulu perisa susu jer..sedap pulak perisa coklat ni....ada gak mkn acid folid tuk kuatkn kandungan....



Isnin, 30 Januari 2012

~~SeKaRaNg SuKa MaKaN bUaH KiWi La PuLaK~~

salam isnin yg ceria, sgt2 suka sbb ari ni dah last krj pagi esk cuti ,lusa pulak msk krj mlm pulak
mcm tu la rutin krj ibu dah hampir 12 tahun krj shift ni....

sejak dua menjak ni ibu suka mkn buah kiwi la pulak
bila terbayang tu kecor air liur rasanya
trus ja g terjar pasar raya GIANT yg dkt dgn rmh ibu ni g cari mmg ada so...trus rembat
balik potong letak garam sikit....fuh lga rasanya apa yg dihajat dpt ttunaikn
jangan la dok mngidam yg pelik2 sudah..stakat ibu suka makan yg masam2 jer
yg belum dpt lg buah kelubi segar tu..mana nak cari tu ha....? teringin sgt hu.....





cantikkn corak dia....



Rabu, 18 Januari 2012

~~PrAgGy MiNgGu Ke7~~

salam rabu yg mulia....ibu mohon maaf pd kwn2 yg xsmpt ibu nak reply komen kwn2
ibu krj pagi so masa amat2 thad...maklum la ibu bblog d rmh jer

suka2 hari ni dah last krj pagi....buat ptama kalinya ibu nak abadikn pkembangan baby dlm perut ibu dusia 7minggu ni...cepat rasanyakn ..perut ibu pun dah memboyot sikit dah...pic ehsan dr cik google

so antara pekembangan skrg...ibu masih sihat walafiat alhamdulillah..xada pulak mabuk2
cuma tringin nak mkn yg masam2 jer. lu dpt mkn lg mangga muda...jambu batu pun jadilah.. hari2 mst pekena gak jambu batu cicah cabai kicap campur asam jawa....

ibu cuma rasa cepat penat n cepat emo..hu...sgt2 xselesa...harap idak le bpanjangan...
selamat bkrj kwn2....



Perkembangan fetus - hamil 7 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Sekarang panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. 

manu wajib bila lps mkn nasik.....jambu cicah cabai kicap campur asam jawa...

Followers