Isnin, 30 September 2013

~~SiAkAp MaSaK sTiM,MeNu MaKaN MaLaM

Assalam,hari ni ibu mula krj pagi
last krj mlm anak bujang ibu blk dr asrama, so masak2 tuk makan mlm yg simple
siakap masak stim, petama kali masak ni sedap jugak, biasa masak tiga rasa je....




siakap stim

Khamis, 26 September 2013

~~BiLa AiNa BeRbAjU BoY~~

Assalam...bila aina pakai baju turun temurun dari abang amzar,
dah macam baby boy dah,baju abang amzar masih elok,tak salah bagi aina pakai buat basahan kat rumah kn


abang ijat cakap,aina encem la pakai baju ni...ngee....

Rabu, 25 September 2013

~~WW:MaRi mErAmPiNgkAn DiRi DeNgAn BeNgKuNg Premium beautiful~~

Assalam..tak salah kalau nak cantik untuk suamikan..
bagi menyelesaikan masalah perut buncit ibu ni, ibu cuba produck dari HAI-O
bengkung PREMIUM BEAUTIFUL....tengok pada harga tak mampu dek non nak beli satu set, so beli bengkung pun dah sangat2 membantu...ini pun bayar sikit2 sebab kenal dengan member ni....



konsi sikit info ini.....ibu mula pakai pada 18 sep 2013,berat masa ni 59kg...mari kita tengok hasinya nanti lagi satu bulan,ada kesan baik tak...harap2.....


Premium Beautiful Corset Hai-O. Malaysia No.1 Beautiful and Slimming Secret. Best SELLER!








Isnin, 23 September 2013

~~TeMaN AyAh JoGiNg Lg~~

Assalam...salam isnin..ibu krj mlm minggu ni
suka2 sbb ibu cuti jatuh pd hari jumaat,sabtu n ahad,abg mirul pun blk minggu ni
so layan pic yg ibu snap2 guna fon ja
smlm g teman ayah bjoging di mana lg klu tidak d taman bukit jalil sbb dekat dgn rmh n luas kwsnnya
balik dr sana singgah tgk baby harish jap..dah besar,tembam plak tu...


 xsen ja lebih kakak ni..
 org yg paling teruja nak ke taman
 ha..ha...masam nya muka menahan panas mentari,,,
 aina pun teruja bila ptama kali g taman boleh jln2...
 anak ayah...
 ayah dah penat bjoging ,melayan aina plak...
 masih takut nak bjln sana sini....
 aina baik ja ptg smlm..rupanya nak demam..mlm td panas kepala dia...bg ubat trus tido...
 masih btatih...
pemandangan dr atas...luaskn....

Jumaat, 20 September 2013

~~WaJaH CeRiA~~

Assala..salam jumaat..teringat jumaat dalam bulan syawal baru ni 
tadika abang amzar ada buat jamuan raya so ..pose dulu pagi jumaat tu 
layan wajah2 ceria abang amzar...







Khamis, 19 September 2013

~TaMbANg BaS nAiK Rm1.50~~

Assalam..sangat2 jarang ibu bekongsi cerciter mengenai pekembangan anak sulung ibu kan.....
abang mirul dah lebih 8bulan duduk asrama di SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK
hanya di alam maya untuk ibu mendapat maklumat tambahan mengenai sekolah dan apa2 mengenai anak ibu nan sorang ni
so...berita terbaru...sejak minyak naik so tambang bas balik pergi asrama naik rm1.50 dari rm15 pada rm16.50 sehala. ini bermakna kalau pergi balik ke asrama dulu rm30 bermula bulan sep. rm33 la..
tapi ibu masih bersyukur kerana khidmat bas masih ada...masalah juga kalau perkhidmatan bas di tamatkan sebab bagi ibu dan ayah yang bekerja,masa memang sangat2 terhad.
dengan adanya perkhidmatan bas pergi balik ke asrama dapat menjimatkan masa dan wang kan..kan...
so...tak ada beban pun dengan tambang baru ni...
belajar rajin2 semua anak ibu ye....di sini ibu kongsi sikit laman web yang ibu selalu layari....

PERUBAHAN BAYARAN TAMBANG BAS BALIK KAMPUNG DAN PULANG KE ASRAMA

6092013
ASSALAMUALAIKUM  W.B.T


Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Perubahan Bayaran Tambang Bas Balik Ke Kampung Dan Pulang Ke Asrama
Merujuk perkara di atas,

2.    Bermula 5 September 2013,tambang bas balik ke kampung dan pulang ke asrama akan berubah berikutan dengan kenaikan harga bahan api yang diumumkan pada 3 September 2013.

3.    Pihak pengurusan bas telah berbincang bersama pihak syarikat bas persiaran dan menetapkan bayaran tambahan RM 1.50 bagi setiap penumpang (sehala).

4.    Berikut adalah bayaran tambang bas yang baharu:-

LALUAN
SEBELUM PERUBAHAN
SELEPAS PERUBAHAN
PETALING JAYA (SEHALA)
RM 15.00
RM 16.50
GOMBAK & SG BULOH (SEHALA)
RM 15.00
RM 16.50
KLANG SENTRAL
RM 12.00
RM 13.50
SHAH ALAM
RM 13.00
RM 14.50
KUALA SELANGOR
RM 8.00
RM 9.50

5.   Penumpang yang ingin berhutang adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.Hal ini disebabkan kerana duit yang sedia ada masih tidak dapat menampung bayaran sewa bas.

Kerjasama daripada semua penumpang amatlah kami hargai.Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian.
Saya Yang Menjalankan Tugas,


MOHAMAD HAIRI BIN KELIWON
KETUA WARDEN ASRAMA
SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

abang mirul dari petaling jaya ye....


Rabu, 18 September 2013

~~WW:KuEh RaYa DaRi AbAnG AmZaR~~

Assalam 
cerciter lama...dalam bulan puasa hari hari tu...tadika abang mirul ada buat kueh raya hasil tangan dari pelajar2 sendiri. bila dah siap boleh bawak balik pulak tu...
so...ni la hasil dari abang amzar



Jumaat, 13 September 2013

~~MaSaK KeK cOkLeT Lg~~

Assalam..begini la si ibu kalau cuti jatuh pd hari ayah bkrj...minggu ni cuti selasa rabu..
so duduk rmh masak2  n makan2 la
ptg2 masak kek coklat lg
siap dpt dua bekas..satu tabur kacang satu tabur sugar rice...


happy weekend...suka2.... nak jumpa mak ahad ni....

satu adunan dpt dua bekas n lebih lg boleh kukus dlm 6acuan kuih lompang tuk kanak2.....

Khamis, 12 September 2013

~~sEkSi TaK?~~

Assalam...ibu kerja malam 3,4 hari ni...
sejak aina dah boleh bejalan ni,ibu teruja la nak menggayakan aina mcm2 pesen baju
dah lama nak pakaikan dress ni, nampak aina macam dah besar sangat
comel je bila dia bejalan pakai baju yang seksi macam ni
kecik2 je boleh pakai ye...dah besar pakai yang sopan2 jer he..he..


 suruh bejalan tak mo pulak, lg pun baru baik demam ibu sibuk suruh pose begitu begini plak ngee....
 tengah layan katon....
pose cekci la konon2 tuh.....

Selasa, 10 September 2013

~~AiNa DeMaM LaGi~~

Assalam...sekarang musim hujan tak menentu
so keadaan kesihatan anak2 pun tak menentu...
aina sejak genap setahun ibu mula tukar susu lectogen1 kpd lectogen2
perubahannya aina kurang minum, minum pun kadang tak habis 180ml
asyik berak2 cirit
semalam ibu bawak g klinik sebab cirit tak henti2 ngan demam,selsema n batuk2
duc. cadangkn cairkn susu
bila dah minum ubat cirit n angin nampak perubahan baik..
tp selsema ngan batuk masih ada cepat sembuh anak ibu...


kesian tgk aina...mcm ni la..klu tak sihat tido pun menonggeng...
----------------------------------------------
SEDIH...XBOLEH NAK PUBLISH COMMENT....knp ek....

Isnin, 9 September 2013

~~KeRaBu MaNgGa~~

Assalam ..dah lama xbuat n3 masak2..
resepi simple tp sedap
bahan2
sebiji mangga muda
1/2 biji lobak merah
sekuntum bunga kantan
2 labu bawang merah
secekak ikan bilis
seringgit kacang tanah
cili api secukup rasa
air asam limau
gula garam secukup rasa

cara2nya...Parut mangga dgn lobak merah,kacang tanah d goreng n d tumbuk kasar,ikan bilis d goreng rangup,potong halus2 bawang merah,cili api n bunga kantan,campur je suma bahan. perah asam limau dlmsatu biji masukkn gula garam secukup rasa, sedia dihidang...di jamin sedap..


kerabu mangga ala dinor family
lobak merah sekadar bg nampak menarik....tak bubuh pun tak apa...

Jumaat, 6 September 2013

~~AiNa BeSaMa KeTa maiNaN HaDiAh dr iBu~~

assalam...sampai jugak hajat ibu nak belikan hadiah keta mainan tuk aina sempena hari jadi yg petama pada 16 ogos .... happy hati ibu bila anak2 suka n hargai apa yg kita belikn...
cepat toi anak2 ibu membesar..aina dah boleh bjln ibu btambah sibuk la....dok kejar kesana sini...


 pose manja dr aina amani hanania
 hati2 jgn laju2 tau...
abg ijat mmg jeles klu ibu beli apa2 tuk adik mst dia pun nak tumpang...ajar adik bwk keta elok2 ...xmo gaduh2 tau..

Khamis, 5 September 2013

~~MaJLiS JaMuAn RaYa TeMpaT KeRjA~~

salam lebaran...eh ada lg ke raya ni..
apa2 pun dah hujung2 raya ni dpmnt ibu baru buat jamuan raya masa krj mlm tempoh hari
suma makan kami masak2 sendiri n ada jugak yg tempah,ibu cuma masak agar2 lumut
so jom layan menu2 n gambo2 kenangan d tempat krj ibu ni
lokasi kantin jer....






 banyak ni jer la kwn2 di dptmnt ibu 
 menu mlm tu...nasi impit kuah lodeh,lemang ngan rendang ayam,sambal bilis,sate kuah kacang,kek coklet,puding,tapai,agar2 lumut ibu yg buat, maruku n buah2 campur.

 rajin toi kwn ibu yg sorang ni buat kek coklet satu tape ware sorang untuk 30 orang tau..mmg terangkat kek dia...sedap..ibu suka..
 tgh pek2 buah2 campur tuk kwn2 tapau..
 dah siap hidang tuk 30 orang kwn2 tau...
 org2 kuat d majlis ni tau...bila dah siap hidang pose dulu la kn..
 ada yg lum ready hu....
 pose lg...
 kwn2 suma dah smp so....jemput mkn ye..
 pose je lebih ,bila part mkn sikit jer sbb masa dok hidang dah separuh masuk mulut hu...byk mknn tapau bwk blk...
selesa bkwn dgn lain2 bangsa sbb byk benda leh kongsi2...bsama bff kak shanti...

Rabu, 4 September 2013

~~WW:PeTaMa KaLi AiNa BeJaLaN LuAr rUmAh~~

woldles hari ni dgn petama kali aina bejalan luar rmh guna kasut....kelakar pulak tehoyong hayang.....



aina yg super lasak...

Followers