Khamis, 10 Mei 2012

~~pLaNiNg PiNdAh RaWaNg TaK MeNjAdI~~


salam khamis yg mulia....pada awal tahun lps ayah ada planing nak pindah rmh yg baru d beli d rawang setahun lbh yg lalu, bila fikir faktor abg mirul dah abis sek rendah n ibu pun dah nak dpt anak k4.
tp planing tu tak menjadi bila kerajaan umumkn akan membina persimpangan btingkat d taman tmpt ibu beli rmh tu...di sg, buaya....ini akan mnjimat masa...
berbanding dr skrg pejalann pejalanan dr sg.buaya ke tmpt krj ayah di puchong lbh 1jam....akan jimat dlm kurang 1jam jer....

ayah pun tangguhkn pindah rawang hingga persimpangan tu siap dulu..jangka siap jun 2013..so ibu masih boleh bkrj n kumpul duit byk2 lg stahun la.....suka2...plang baru pindah ujung tahun 2013 la pulak

apa2 pun xsabar gak nak merasa duduk rmh bwh pulak kn...tp bsabar demi kebaikkn bsama...kesian gak ayah klu pindah tahun dpn ayah terpaksa ulang alik jauh dr rawang ke puchong tmpt krj ayah tu...

semoga projek ni berjaya mengikut jadual...amin....info ehsan dr cik goggle jun 2011.... terima kasih gak pd BIL yg menyewa merangkap menjaga rmh kami dgn baik..klu x sapa2 duduk mst cepat rosakkn....



Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah KlangPDFPrintE-mail
Rakyat Didahulukan Rakyat Didahulukan
RAWANG - Lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang akan dapat menjimatkan masa antara 40 minit hingga satu jam untuk ke Lembah Klang apabila Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya dekat sini siap pada Jun 2013.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, apabila persimpangan sepanjang 1.5 kilometer dengan kos RM87 juta itu siap, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menyelia kutipan tol di persimpangan berkenaan.

"Kalau diikutkan harga sebenar pembinaan persimpangan tersebut ialah lebih dari RM100 juta tetapi kerajaan pusat prihatin dengan membayar tambahan sebanyak RM20 juta untuk pengambilihan tanah ini manakala kos pembinaan(persimpangan) ditanggung oleh pihak Plus," katanya pada majlis pecah tanah persimpangan berkenaan di Bandar Baru Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, penduduk di sekitar Sungai Buaya dan Sungai Choh terpaksa menggunakan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung atau Persimpangan Bertingkat Rawang untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan.

Projek persimpangan berkenaan yang mula dibina pada 14 Jun tahun lepas terletak di KM434.7 di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di antara Persimpangan Bertingkat Rawang di KM444 dan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung di KM428.

Shaziman berkata kos sebanyak RM87 juta itu bukan sahaja melibatkan pembinaan persimpangan berkenaan malahan turut meliputi pembinaan lorong tol, bangunan pusat khidmat pelanggan, surau, tandas awam serta tempat meletak kenderaan.

Shaziman berkata persimpangan berkenan turut memberi kemudahan akses bagi dua aktiviti industri utama iaitu kilang Perodua dan Tan Chong Motor serta kira-kira 100 industri kecil dan sederhana yang sedia ada berhampiran kawasan Sungai Buaya dan kawasan persekitaran.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Shaziman berkata kerajaan masih memikirkan kadar tol yang terbaik bagi persimpangan itu berdasarkan kadar tol semasa di beberapa plaza tol di negara ini bagi memastikan pengguna yang melalui persimpangan berkenaan akan dikenakan caj pada kadar yang berpatutan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Sungai Buaya Datuk Rosli Hashim berharap persimpangan bertingkat itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dengan kemasukan pelabur di kawasan berkenaan dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

- BERNAMA
Last Updated ( Sunday, 19 June 2011 21:59 )
 


4 ulasan:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ berkata...

okla tu kak..tahun depan je..sabar k..ehehhe

Anje a.k.a Mama_Balqis berkata...

wah bestnya dok rumah bertanah...syok la lepas ni leh la bercucuk tanam

Izan Ishak berkata...

mujur blm pindah lagi ye kak... sempatlah kumpul duit banyak2 lagi kan...

mamalieyna berkata...

alaaa... kata nak jaga hakeem n arif tahun depan..kerja jgk ke?..hehe~

Followers