Pages

Jumaat, 11 Mei 2012

~~KaNdUnGaN IbU DaH 23 MiNgGu~~



salam jumaat yg mulia..penghulu segala hari
best2 mlm td dah last krj,cuti sabtu ahad lg....nak kemana?
lebih pd soping2 barang tuk kawin adik bungsu ibu ada sikit lg belum complete

blk pagi ni xtido ler...hari ni nak g chek gigi bg penuhi rutin ibu mengandung nikn
xdak masalah gigi rosak..lbh pd chek n cuci gigi jer....sbb skrg gigi asyik bdarah je ,walaupun xgosok gigi ,tetiba je kuar darah hu pening ...susu dah minum ikut jadual

keaadan ibu skrg cepat penat , rasa sakit teramat pada pinggang bila baring telentang,posisi paling selesa bila tido ,mengiring n lapik bantal bawah perut,baby dlm perut sgt2 aktif...kuat tendangannya.....perut ibu xle besar sgt...berat skrg dah cecah 59kg....

tp sekejap jer dah 23 minggu....jangka bsalin 31 ogos ni...mood raya tu...harap sempat blk kg n blk smula k kl...

planing nak booking PPUM lg nak bsalin....blk dr kenduri adik bln 6 nnt nak bereskn suma bab2 besalin ibu ni....masih belum scan baby n masih belum soping apa2 tuk babay baru ni....tunggu paksu lps kawin lu.....
happy weekend.....


Perkembangan fetus - hamil 23 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Selain kemajuan-kemajuan dalampendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan. 

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus. 

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya "tenggelam", sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan. 

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

ehsan dr cik goggle......

1 ulasan:

Izan Ishak berkata...

kejap je dah 23 minggu ye kak... harap2 bby terus membesar dgn sihat sampai masa melahirkan nnti...

Followers