Pages

Khamis, 10 Mei 2012

~~pLaNiNg PiNdAh RaWaNg TaK MeNjAdI~~


salam khamis yg mulia....pada awal tahun lps ayah ada planing nak pindah rmh yg baru d beli d rawang setahun lbh yg lalu, bila fikir faktor abg mirul dah abis sek rendah n ibu pun dah nak dpt anak k4.
tp planing tu tak menjadi bila kerajaan umumkn akan membina persimpangan btingkat d taman tmpt ibu beli rmh tu...di sg, buaya....ini akan mnjimat masa...
berbanding dr skrg pejalann pejalanan dr sg.buaya ke tmpt krj ayah di puchong lbh 1jam....akan jimat dlm kurang 1jam jer....

ayah pun tangguhkn pindah rawang hingga persimpangan tu siap dulu..jangka siap jun 2013..so ibu masih boleh bkrj n kumpul duit byk2 lg stahun la.....suka2...plang baru pindah ujung tahun 2013 la pulak

apa2 pun xsabar gak nak merasa duduk rmh bwh pulak kn...tp bsabar demi kebaikkn bsama...kesian gak ayah klu pindah tahun dpn ayah terpaksa ulang alik jauh dr rawang ke puchong tmpt krj ayah tu...

semoga projek ni berjaya mengikut jadual...amin....info ehsan dr cik goggle jun 2011.... terima kasih gak pd BIL yg menyewa merangkap menjaga rmh kami dgn baik..klu x sapa2 duduk mst cepat rosakkn....



Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya Jimat Masa 40 Minit Untuk Ke Lembah KlangPDFPrintE-mail
Rakyat Didahulukan | Rakyat Didahulukan
RAWANG - Lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang akan dapat menjimatkan masa antara 40 minit hingga satu jam untuk ke Lembah Klang apabila Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya dekat sini siap pada Jun 2013.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, apabila persimpangan sepanjang 1.5 kilometer dengan kos RM87 juta itu siap, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menyelia kutipan tol di persimpangan berkenaan.

"Kalau diikutkan harga sebenar pembinaan persimpangan tersebut ialah lebih dari RM100 juta tetapi kerajaan pusat prihatin dengan membayar tambahan sebanyak RM20 juta untuk pengambilihan tanah ini manakala kos pembinaan(persimpangan) ditanggung oleh pihak Plus," katanya pada majlis pecah tanah persimpangan berkenaan di Bandar Baru Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, penduduk di sekitar Sungai Buaya dan Sungai Choh terpaksa menggunakan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung atau Persimpangan Bertingkat Rawang untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan.

Projek persimpangan berkenaan yang mula dibina pada 14 Jun tahun lepas terletak di KM434.7 di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di antara Persimpangan Bertingkat Rawang di KM444 dan Persimpangan Bertingkat Bukit Beruntung di KM428.

Shaziman berkata kos sebanyak RM87 juta itu bukan sahaja melibatkan pembinaan persimpangan berkenaan malahan turut meliputi pembinaan lorong tol, bangunan pusat khidmat pelanggan, surau, tandas awam serta tempat meletak kenderaan.

Shaziman berkata persimpangan berkenan turut memberi kemudahan akses bagi dua aktiviti industri utama iaitu kilang Perodua dan Tan Chong Motor serta kira-kira 100 industri kecil dan sederhana yang sedia ada berhampiran kawasan Sungai Buaya dan kawasan persekitaran.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Shaziman berkata kerajaan masih memikirkan kadar tol yang terbaik bagi persimpangan itu berdasarkan kadar tol semasa di beberapa plaza tol di negara ini bagi memastikan pengguna yang melalui persimpangan berkenaan akan dikenakan caj pada kadar yang berpatutan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Sungai Buaya Datuk Rosli Hashim berharap persimpangan bertingkat itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dengan kemasukan pelabur di kawasan berkenaan dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

- BERNAMA
Last Updated ( Sunday, 19 June 2011 21:59 )
 


Rabu, 9 Mei 2012

~~MaRi MeMaNcInG~~


salam rabu...masih mood tido siang..ye la masih bkrj mlm
layan anak2 main game fish..idak le nak g memancing betul2

bila g jenjalan rmh sepupu d rawang mlm minggu lps ijat berebut mainan ni so bila blk ahad tu
terjah pasar pagi tjumpa menan ni terus beli teruja suma main sesama sbb byk pancing n ikan nya

rupa fish tu dah mcm agry bird sudah
layan....













bsungguh ijat dok pancing fish tu....



kakak pun join sekaki....janji anak2 happy..apa2 pun depa nak tunaikn jer janji xmahal n xmembazir gitu....


Selasa, 8 Mei 2012

~CiNtA KuRA-KuRA~~


salam selasa,mlm td baru mula krj mlm
kisah ni bukan cinta kura2 lakonan tiz tu..ni kisah ijat dgn kura2 pemberian mama rawang aka SIL ibu
bukan main suka lg dpt hadiah dr mama tu siap bg nama NICO kat kura2 comel dia

tp lbh pada kakak n abg yg menjaganya...ye la hari2 cuci akorium,tukar air ngan bg makan
mula2 bwk blk pada 30 april aril tu,abis suma jiran dia bwk tunjukkn kura2 kesayangan dia tu..hu..
layan jer pic ni........tq mama..ps dr mama cari la NANI tuk buat kwn si NICO ni..he....




baru lps tukar air


comel tak NICO ijat..murah jer...klu beli rm5 jer..tp mama bg jer kat ijat



NICO tgh berehat



set penjagaan n makanan NICO....
                                                         
   


Isnin, 7 Mei 2012

~~mAnDi MaNdA 1 MaY D uLu YaM~~


salam isnin...bln may bln yg best..sbb setiap hujung minggu bln may ibu cuti2..
so boleh jenjalan....bmula 1 may lps
kami skuarga kuar mandi manda d ulu yam...dekat dgn batu cave tu....
kami btolak sawal 9.30 pg..sbb nak cop pondok tuk lepak2 kn ...klu lambat habis pulak
pondoknya xbyk..terhad gitu..
 ikut sama adik bongsu bsama bakal isterinya ,adik pompuan ibu  aka mamalieyna tu n SIL dr kota damansara sekuaga
so layan pic yg hado..sbb ibu lupa bwk camera la pulak
pic dr fon n ehsan dr mamalieyna
layan............. 





ijat suka sgt bmain dgn arif ngan bakal mak ucu baju belang2 tu....


lena dulit intan...dlm pondok sewa rm25 hingit jer smp balik....


suka2 ibu berenang......


ha...ha tuan tanah nak interframe gak....


super cekci ijat dgn ayip


pose lg...


bekal dr ibu ari tu..nasi putih lauk dgg paprik,ayam kg masak kicap,ulam rebus dgn sambal belacan,cucur kodok pisang n sosej goreng....mamalieyna punya menu..bihun n ayam kfc.....juga nurget goreng....


suami SIL dgn anak2 tgh main susun2 batu, time ni mamalieyna dah blk..dia blk kul 2ptg
kami lambat sikit dlm kul 4.30ptg....

bukan senag kami suma dpt cuti sama2 ni...1may mmg betul2 cuti2 dr krj..enjoy sgt....

Isnin, 30 April 2012

~~HaPpY b'DaY kAkA AiN Yg Ke 8~~

salam isnin yg mulia...mst ramai kwn2 yg bsmbng cutikn...
sebagai mengabadikn bday anak dara ibu yg sorang ni.kakak 
"AIN ARDINI HAIFA"yg ke8
happy bday semoga kakak membesar jd anak yg lbh cerdih ,rajin belajar n jd anak yg solehah ye...
muahhhh...sayang kakak sokmo....




Khamis, 26 April 2012

~~uNiFoRm BaRu KaKaK Ain~~

salam khamis yg mulia.....mlm td baru mula krj mlm..
kisah si kakak yg kenit ni,dah lama sepatutnya beli uniform ni
tp xde saiz tuk kakak yg kenit ni..ini pun saiz yg paling kecik

xpe la janji kakak ada gak uniform ni
setelah di campur tolak,jahit sana jahit sini ni la hasilnya......seday krj mlm xpat nak tgk cerita 
"cinta buat elmida"hu......






Jumaat, 20 April 2012

~~aMzAr dAn BeLoN aNgRy BiRd~~

salam jumaat yg mulia...hari ni dah msk krj pagi..
kisah si hero nan sorang ni..masa g tgk tentera bkawat kat PD tu
amzar bukan main mngamuk nakkn belon 
bukan ibu xmo bei tp yg menjual bukan main jauh dr tmpt yg kami lepak...dserang sinun nu....

nasib baik blk 2,3 ari lps tu g pasar mlm dpt gak ibu belikn tuk amzar...layan belon angry bird amzar.....
happy weekend suma..tp ibu krj pagi la pulak....




xdpt beli dpt klik jpic pun jadi la..jauh dsinun nu.....




Khamis, 19 April 2012

~~JoM K TeLuK kEmANg pD~~

salam khamis yg mulia...kemarin dah selesai g chekup preggy 20 week..
suma ok..HB 12.1,berat dr 58.1kg naik 59.2kg...
minum air gula sgt2 meloyakn.....result nya blum dpt,sama dg result tyroid pun blum dpt
sgt2 menguji kesabaran...org terlalu ramai..bayangkn smp dr kul 8pg kul 12thr baru siap suma....ibu dah le puasa, kebulur jugak la....lps ambk darah kul 10 tu...mmg dah boleh mkn ..tp org ramai segan nak makan plak...tunggu je la suma selesai baru blk makan...

hu...smbg cerciter d PD tempoh hari
lps jumpa anak buah yg tammat latihan tu dlm kul 11lbh kami terus g pantai teluk kemang layan anak2 nak mandi,anak2 xmandi yg mandi bapak si arif yg beria2 mandi dgn kakak ain

baru ja mandi dlm 2jam hujan turun la pulak ...so trus blk singgah rumah adik si abg ipar bapanya si anak yg tammat latihan tentera tu...d bandar seremban...
lepak sana dlm kul 5 baru btolak blk kl....
layan pic....








hero2 ni mmg suka main pasir..tp nak mandi penakut air laut...


layan jer...


kesian paksu..kepenatan ..ye la drive sensorang....

mmg best g teluk kemang ..ada sedia pondok sewa rm25 smp blk..rasa rugi plak ..kami baru duduk 2jam dah tpaksa blk sbb hujan lebat hu...lain kali kena pergi lg ni....

Followers