Pages

Khamis, 19 September 2013

~TaMbANg BaS nAiK Rm1.50~~

Assalam..sangat2 jarang ibu bekongsi cerciter mengenai pekembangan anak sulung ibu kan.....
abang mirul dah lebih 8bulan duduk asrama di SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK
hanya di alam maya untuk ibu mendapat maklumat tambahan mengenai sekolah dan apa2 mengenai anak ibu nan sorang ni
so...berita terbaru...sejak minyak naik so tambang bas balik pergi asrama naik rm1.50 dari rm15 pada rm16.50 sehala. ini bermakna kalau pergi balik ke asrama dulu rm30 bermula bulan sep. rm33 la..
tapi ibu masih bersyukur kerana khidmat bas masih ada...masalah juga kalau perkhidmatan bas di tamatkan sebab bagi ibu dan ayah yang bekerja,masa memang sangat2 terhad.
dengan adanya perkhidmatan bas pergi balik ke asrama dapat menjimatkan masa dan wang kan..kan...
so...tak ada beban pun dengan tambang baru ni...
belajar rajin2 semua anak ibu ye....di sini ibu kongsi sikit laman web yang ibu selalu layari....

PERUBAHAN BAYARAN TAMBANG BAS BALIK KAMPUNG DAN PULANG KE ASRAMA

6092013
ASSALAMUALAIKUM  W.B.T


Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Perubahan Bayaran Tambang Bas Balik Ke Kampung Dan Pulang Ke Asrama
Merujuk perkara di atas,

2.    Bermula 5 September 2013,tambang bas balik ke kampung dan pulang ke asrama akan berubah berikutan dengan kenaikan harga bahan api yang diumumkan pada 3 September 2013.

3.    Pihak pengurusan bas telah berbincang bersama pihak syarikat bas persiaran dan menetapkan bayaran tambahan RM 1.50 bagi setiap penumpang (sehala).

4.    Berikut adalah bayaran tambang bas yang baharu:-

LALUAN
SEBELUM PERUBAHAN
SELEPAS PERUBAHAN
PETALING JAYA (SEHALA)
RM 15.00
RM 16.50
GOMBAK & SG BULOH (SEHALA)
RM 15.00
RM 16.50
KLANG SENTRAL
RM 12.00
RM 13.50
SHAH ALAM
RM 13.00
RM 14.50
KUALA SELANGOR
RM 8.00
RM 9.50

5.   Penumpang yang ingin berhutang adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.Hal ini disebabkan kerana duit yang sedia ada masih tidak dapat menampung bayaran sewa bas.

Kerjasama daripada semua penumpang amatlah kami hargai.Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian.
Saya Yang Menjalankan Tugas,


MOHAMAD HAIRI BIN KELIWON
KETUA WARDEN ASRAMA
SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

abang mirul dari petaling jaya ye....


1 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

Naik sikit takpe, janji masih ada perkhidmatan tu... lega disitu kan..

Beljar rajin2 ye abg mirul.. jd ustaz...amin.. :-)

Followers